BIMB 02057010012171

Sila tulis kepada:
Persatuan Penduduk Islam Taman Desa Permai
BIMB NO ACC: 02057010012171

AJK PPI TAMAN DESA PERMAI

PENGERUSI:
HJ JOHARI SENAWI - 013-4206678
TIM PENGERUSI
EN ISMAIL BIN SAAT 019-4586172
SETIAUSAHA
HJ MUZAMMIL MANSOR - 019-4492623
BENDAHARI
HJ MUSTAFFA BIN HANIFAH - 013-4864412

Monday, December 21, 2009

Projek Kelas Pengajian Al Quran dan Fardhu Ain



Projek ini bertujuan membina sebuah bangunan bilik pengajian yang mengandungi 2 bilik kuliah,1 bilik guru dan 1 bilik rehat. Bangunan ini berukuran 50'X24' yang dilengkapi dengan pendawaian elektrik serta kelengkapan yang bersangkutan.

Latar Belakang
Buat masa ini AJK Persatuan Penduduk Islam Taman Desa Permai (AJK PPITDP) menyewa sebuah sebagai tempat pengajian tersebut dengan kos sebanyak RM300.00 sebulan sejak tahun 2000. Memandangkan rumah sewa tersebut mungkin akan ditamatkan bila-bila masa(ini adalah rumah sewa yang kedua setelah rumah sewa yang pertama dulu diambil semula oleh pemiliknya untuk diduduki).

Memandangkan kekangan tersebut, pihak AJK PPITDP telah mengambil inisiatif bagi membina bangunan kelas pengajian yang khusus bagi menampung keperluan pendidikan penduduk setempat.

Anggaran kos keseluruhan ialah berjumlah RM40,000.00. Dana yang terkumpul setakat ini (07 -Dec 09) ialah RM10,000.00 dan AJK PPITDP masih lagi meneruskan kutipan derma/wakaf dari orang ramai. Kerja-kerja pembinaan telah pun di mulakan dan dijangkakan dapat menyiapakan tapak, rangka dan bumbung(lihat gambar yang di sertakan ). Untuk menyapkan sepenuhnya, pihak kami memerlukan sebanyak RM30,000.00 lagi.

Rayuan Sumbangan

Oleh yang demikian, pihak AJK PPITDP dengan ini merayu kepada Dato'/Datin, Tuan/Puan,sdr/sdri untuk menyumbang sumbangan berbentuk wang tunai atau pun bahan binaan bagi menjayakan usaha murni tersebut.

Untuk sumbangan bahan binaan dan sebarang pertanyaan sila hubungi pengerusi PPI Taman Desa permai seperti di atas.

Jadikanlah sumbangan derma/wakaf tuan/puan sebagai amal jariah yang berkekalan pahalanya sebagai air yang mengalir selama-lamanya walaupun selepas kita kembali menerima panggilan Ilahi.







No comments:

Post a Comment

Perbelanjaan