Assalamualaikum
Alhamdulliah anak kariah telah memasang tiang untuk kelas fardhu ain. Anak-anak kariah ini telah memasang semua tiang bermula selepas solat isyak dan siap kira-kira pukul 1.30 pagi. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah menghulurkan tenaga, cadangan dan buah fikiran untuk melaksanakan projek ini.
Kepada tuan puan teruskanlah menghulurkan sumbangan kepada projek ini. Semoga Allah membalasnya dalam bentuk rahmat dan rahimnya inshaallah .